Akaun yayasanamal.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

INFAQ 10 MALAM AKHIR RAMADAN PEMBINAAN MASJID CAMEROON YAYASAN AMAL MALAYSIA

INFAQ 10 MALAM AKHIR RAMADAN PEMBINAAN MASJID CAMEROON YAYASAN AMAL MALAYSIA

PELABURAN AKHIRAT

INFAQ 10 MALAM AKHIR RAMADAN 2024
PEMBINAAN MASJID CAMEROON ANJURAN YAYASAN AMAL MALAYSIA


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


JOM NIAT KAN SEDEKAH KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA.


"Ya Allah aku INFAQKAN hartaku dan niat pahala tersebut atas nama kedua ibu bapaku"

Semoga Tuan/Puan dalam keadaan sihat walafiat dan segala urusan dipermudahkan.

Istimewanya masjid dalam Islam sehingga pembinaan masjid juga disediakan ganjaran yang besar dalam Islam iaitu orang yang membina masjid sekalipun kecil tetapi ikhlas kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya tempat tinggal di syurga!

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ قَالَ ‏ “‏ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ ‏”

Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga” 

(HR. Ibnu Majah, no.738 – Status Hadis Sahih)

Islam Awal di tanah Cameron
Setiap hari berlaku pengislaman di Wilayah Kousseri,Cameron.
Atas dasar keperihatinan terhadap penduduk di Wilayah Kousseri, Yayasan Amal Malaysia melalui Presiden Hj Hussin Ismail mengambil peluang yang sangat berharga di Bumi Cameron untuk terus bekerjasama antara negara dengan meletakkan harapan agar dapat memberikan kefahaman dan penghayatan Islam yang jelas kepada penduduk Cameron umumnya dan di Wilayah Kousseri khususnya.

Cakna terhadap isu pengislaman ini juga Yayasan Amal mengajak pewakaf,penderma serta orang ramai untuk bersama memberi sokongan terhadap pembangunan sebuah pusat Islam terutama membangunkan Masjid di Wilayah Kousseri, InshaAllah.
Pembangunan ini akan terus menjadi ladang pahala buat mereka yang sudi bersama-sama memberi sumbangan baik dari segi harta mahupun tenaga dan doa.


SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN REZEKI TUAN/PUAN, DIPANJANGKAN UMUR DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.


UNTUK UPDATE TERKINI SILA LAYARI FACEBOOK PAGE RASMI YAYASAN AMAL MALAYSIA

https://www.facebook.com/AmalMalaysia

Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia.  Anda boleh layari website kami di alamat

www.amalmalaysia.org.my  | www.facebook.com/amalmalaysia