Akaun yayasanamal.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

INFAQ RAMADAN UNTUKMU GAZA YAYASAN AMAL MALAYSIA

INFAQ RAMADAN UNTUKMU GAZA YAYASAN AMAL MALAYSIA

INFAQ RAMADHAN 2024 10 MALAM TERAKHIR (MALAM YANG KE 20) UNTUK SAUDARA KITA DI GAZA.

SEMOGA TUAN PUAN PARA DERMAWAN DITEMUKAN DENGAN MALAM LAILATUL QADR TAHUN INI


Niatkan sedekah & wakaf kepada ibu bapa & yang tersayang

"Ya Allah aku wakafkan hartaku dan niat pahala tersebut atas nama kedua ibu bapaku pada bulan Ramadan yang Engkau Muliakan ini"

RAMADAN AKAN LEBIH BERMAKNA JIKA KITA MAMPU MEMBANTU SAUDARA KITA DI GAZA.

DALAM REZEKI KITA PASTI ADA REZEKI ORANG LAIN.


Ahlan Wasahlan Ya Ramadan..

Selamat kembali, bulan yang penuh berkat.

Kami amat menantikan kehadiranmu ini.

Moga sinar Ramadan kali ini akan memberi lebih makna yang besar dalam kehidupan kami semua.


Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

Jika datang bulan Ramadan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.”

(HR. Bukhari no.3277, Muslim no. 1079)





Saban tahun, bulan Ramadan adalah bulan yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di serata dunia. Tidak dinafikan, ada di antara kita yang sudah bersedia dengan 'check-list' rutin amalan harian sepanjang Ramadan dan sedang mengira detik. Jelas terpampang wajah kegembiraan menunggu ketibaan bulan rahmat ini.

Namun, kegembiraan ini mungkin tidak dapat dirasai oleh saudara-saudara Islam kita yang kini berada di negara-negara yang sedang bergolak seperti di Gaza.



Inilah realiti kehidupan mereka yang tinggal di sekitar Gaza sejak dulu lagi. Saban hari, mereka ini ditemani dengan bunyi letupan bom yang tidak henti-henti, darah-darah yang bertebaran disebabkan pembunuhan yang tiada belas kasihan dan juga longgokkan batu bata rumah yang sudah musnah.

Apa yang jelas, mereka juga berhak untuk merasai nikmat seperti kita.

Marilah bersama-sama ambil peluang ini untuk membantu saudara kita di Gaza menjelang Ramadan.

Semoga tuan/puan boleh membantu misi kami dengan menyumbang sedikit kepada saudara Islam kita.

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” 
(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)



Antara kempen YAYASAN AMAL MALAYSIA anjurkan adalah : 

AGIHAN PEK MAKANAN DI BUMI GAZA



BANTUAN PERUBATAN DI BUMI GAZA



BANTUAN UNTUK BALU DI BUMI GAZA


BANTUAN PENDIDIKAN DI BUMI GAZA




Dan terkini untuk Ramadan di Gaza.




Sumbangan yang tuan/puan berikan ini sedikit sebanyak membantu saudara-saudara Islam kita di Gaza yang sedang dalam kesusahan dan kesengsaraan akibat peperangan.

Kami ucapkan جزاكم الله خير الجزاء "Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan" kepada tuan/puan yang telah berinfaq.


UNTUK UPDATE TERKINI SILA LAYARI FACEBOOK PAGE RASMI YAYASAN AMAL MALAYSIA



https://www.facebook.com/AmalMalaysia



Terima kasih kerana bersama-sama Yayasan Amal Malaysia dalam menyantuni saudara - saudara kita yang sangat memerlukan sokongan kita walau dari jauh, walau dari rumah anda. Setiap sumbangan anda sangat bermakna buat mereka.



Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia.  Anda boleh layari website kami di alamat

www.amalmalaysia.org.my  | www.facebook.com/amalmalaysia